Dalam laman ini aku nak bercerita tentang member-memberku yang tercinta muahahahahahahhaa...... kekadang best juga cerita tentang member-member nie sebab member bagi aku adalah sesuatu yang amat penting dalam hidup dan salah satu rahsia dalam membentuk iman juga adalah bermasyarakat.. ini memang nyata dan SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!... apabila kita bergaul dalam masyarakat kita dapay menghitung dang mengklasifikasikan diri kita di dalam masyarakat... dan oleh itu kita dapat memperbaiki diri kita oleh itu pembembangunan keimanan juga dapat berjalan seiring...fuuuhh!! Alim juga aku nie yer kekawan. Bagi aku kalau berkawan nie tak kesah lar nak berkawan dengan sesiapa pun asal kan kita tahu asal usul diri kita sendiri... kalau kita berkawan dengan penjenayah sekalipun kita tidak akan tersesat sekiranya kita punyai pegangan. Malah kita dapat mengenali dengan lebih jelas mana satu perkara yang baik dan perkara yang 'bertanduk', oleh itu dapat lar kita menjadikan sesuatu perkara itu sebagai sempadan.

 

 

 

Member Stok Wolf'Pack

Member-member aku yang stok Wolf'Pack ni terdiri daripada Aku, Rozhan(Nake), Syukri(Monte), Khairul(Kelok), Maui(Spanar Jaya), Eddie(Boy) dan Wongi(Chan Ho Nam). Sebenarnya banyak lagi cabang-cabangnya tetapi yang tersenarai ni adalah yang terutama dalam stok Wolf'Pack nie (apa orang kata, kira orang-orang besar lar....muaheheh).

Ermmmm.... aktiviti yang kami selalu laksanakan tuu macam biasa jerr... macam anak-anak remaja yang lain... pusing-pusing dekat komplex, habiskan minyak kereta, leypark kat beach, ermmm menjamu selera bersama-sama dengan penuh kasih sayang muahahahaha.. yang paling best biler berkawan dengan diorang nie, bile ada masalah tu kiter orang boleh discuss bersama and solve da problem as fast as Fomular 1. Kalau macam ader trouble dengan bebudak lain tu secara diplomatiknya kita orang akan settle...itu yang best dalam berkawan niee.. banyak masa aku luangkan dengan diorang ni... aku mula kenal diorang nie masa aku tengah tunggu result SPM. Buat masa sekarang nie aku boleh bersama-sama diorang bila aku cuti jer larr.... memang best, banyak cerita-cerita yang boleh aku kongsi dengan diorang nie. Dan banyak juga ilmu-ilmu yang aku boleh pelajari tentang diorang ni terutamanya tentang kereta...hehee!

Maui(Spanar Jaya),kalau dengan dia nie aku boleh repair kereta dengan kos yang rendah(heheh), boleh mintak nasihat tentang pembikinan dan pemuliharaan kereta.

Rozhan(Nake),dia nie cousin aku sebenarnya.Kalau dengan dia ni kerja aku buat lawak jak laaa... pinjam meminjam dan tolong-menolong ler konon.

Wongi(Chan Ho Nam), kalau dia nie muka macam cina sikit, kerja dia nie race kereta jer dekat beach. Dapat juga aku tahu macam mana nak race kereta bila berdampingan dia nie. Selalu melekat dengan awek dia tu.

Khairul(Kelok), dia nie rapat sangat dengan si Nake tu sebab awek si Nake nie adalah cousin kepada si Kelok nie... Si kelok ni dressing dia ala grunge sket heheh... handsome juga orang nyerr.

Syukri(Monte), nick dia Monte sebab utamanya adalah dia ni Montel yang teramat sangat. Dia ni banyak beri nasihat kepada stok Wolf`Pack.

Eddie(Boy), dia nie chef hotel nie... tanya jer apa-apa jenis makan yang ada dalam dunia nie. Itali, Partugis, Monggolia, Afghanistan, pot pet pot pet...

 

Member Stok B212 & B210

Hah yang stok member ini pulak aku namakan stok B212 dan B210 sebab kita orang punya nombor bilik masa di DSRNC (Desa Siswa Raja Nong Chik) lar nie. Itu la pasal.... haaa sekarang aku nak sebut nama ahli-ahlinya pula: Ahli Bilik B212; Aku, Hashim(Acim) dan Fakhzan(Fak's).......Ahli Bilik B210 pula terdiri dari pada Mohd.Hafiz(Bob Ganu), Saipul(E-Pul) dan Mazuan(Adik Sehat). Bilik kita orang nie digabungkan melalui lorong toilet muahaha... so yang budak Bilik B210 ni kira "Toilet Mate" kepada aku ler... OK sekarang aku nak cerita pulak pasal perangai sekor-sekor member aku nie.

Hashim(Acim); Acim nie tergolong dari spesis berambut berputar-putar dan itulah perkara yang paling sensitif bagi member aku yang sorang nie, dia nie addict 'games'.. kalau cerita pasal game jer dialah sultan dan kalau cerita pasal komik jer dia juga lar sultan tapi aku tengok meka dia tidak juga la macam sultan sangat. Dia nie peminat fanatik band Metallica dan dia menggelarkan dirinya sabagai James Hetfield (hehehe blum sedar member aku sorang nie..kesian). Dia nie boleh dikatakan setiap minggu wajib balik kalau tidak, kegianannya untuk menyentuh Play Stationnya dirumahnya tu akan membawakan mimpi ngerinya setiap malam dan akan bertindak diluar dugaan lalu habislah tilam-tilam di Asrama ini ditelannya.

Fakhzan(Fak's), dia nie pula jenis layan jiwang sket... semua perempuan di YPM nie dia yang punya..muahahha... aku gelar dia nie sebagai Majinbu sebab adalah seiras sket. Dia nie kalau tidor, muka mesti tutup dengan bantal bucuknya tu muahaha.. jangan marah Fak's. Lagi satu perkara, dinasihatkan agar tidur berjauhan dengan dia nie.. kalau tidak adalah menjadi perkara kebiasaan kaki Majinbu ini akan masuk ke dalam mulut mangsanya. Dia nie adalah seorang jejaka yang tanpan, mecho hehhe dan gempaq... orang pemurah berbudi pekerti, dan bertata susila... tapi satu perkara yang tidak tahan dengan dia nie... kalau dia bercakap tuu macam dia tengah bercakap dengan membernya yang berdiri pada jarak 100 meter di hadapannya.. nasib duduk setahun jer dengan dia nie kalau tidak longgar lar gegendang aku nie.

Mazuan(Adik Sehat), haa yang nie pulak lain sket daripada manusia-manusia yang pernah aku temui, dialah manusia penuh misteri dalam dunia nie buat masa ini. Semua jenis makanan ditibainya.. tidak kira lar sedap ker tak sedap ker, masak ker tak masak ker, wangi ker busuk ker, kesimpulanya perut dia akan kenyang. Dialah makhluk paling besar diantara kami berenam, kita orang gelar dia sebagai adik sehat sebab dia nie kuat minum susu penuh krim ditambah pulak dengan saiz badannya yang begitu montok muahahaha.. Dia nie rajin study, kalau dia dah penat tuu akan terbongkang lar sekujur tubuh tanpa baju di bawah putaran kipas yang amat ligat. Dia nie memang pelik, aku rasa mejoriti koleksi kasetnya terdiri dari pada lagu-lagu Jepun yang dia sendiri tidak faham akan isinya. Dia juga digelar sebagai Abang Dobi sebab dia amat kamcing dengan brother Dobi kat DSRNC ini dan dia jugalah pelanggan utama dobi di asrama kitaorang ni.

Saipul(E-Pul), dia nie boleh dikatakan masuk tune dengan aku nie... sebab dia nie peminat muzik ala aku juga... dia nie budak baik, rajin, alim,(muahahaa). Kalau dah tepu study tu, macam-macam lar perkara diluar dugaan akan berlaku contohnya.. habis member ditibainya(Acim adalah mangsa utama), habis almari digoncangkannya, dan macam-macam lagi perkara yang 18SG akan muncul dikaca mata anda. Dia ni berasal dari Sarawak, memiliki HP Motorola, selalu leypark dengan ketayap merahnya tu. Selalu membelasah bekalan makanan member, ekomoni yang teramat sangat. Dan itu ajer lar..Ehhh ada lagi, dia nie kalau mengutuk orang memang 1st class punya kutukan. So kalau sesiapa je yang dikutuknya tu pasti akan terjun dari tingkat 18(begitulah kehebatan kutukannya yang telah mencapai tahap 31 petala langit).

Hafiz(Bob Ganu), mamat ni berasal dari Terengganu, kitaorang gelar dia bob sebab badan dia "bulat" yang teraman bulat.. Dia nie cute ada awek, kekadang tu bergayut juga dia melalui Motorola PCN dia tu... dia nie peminat fanatik Nokia 3210..."Besar seperti badan saya kecil seperti 3210 saya" itu le cita-cita serta impiannya yang blum kesampaian. Dia nie bahaya sket, sebab akan melowedkan katil-katil yang mangsa memandangkan berat badannya yang diluar jangkaan. Dia nie kuat memberi nasihat kepada member-member yang lain. Dia juga lar yang selalu membangunkan member-member di waktu subuh. Bob nie dah banyak kali dah hampir-hampir dipau oleh mat pet kat KL nie.. itu yang aku heran tuu, badan macam dia nie pun boleh nak kena pow.. entah lar apa nak cakap dah nasibkan nak buat macam mana...

Sekarang nia aku nak cerita tentang suasana asrama aku dan keadaan bilik aku kat DSRNC nie. Hah asrama aku nie boleh lar dikatakan besar juga lar berbanding asrama aku kat Teknik dulu. Rasa-rasanya terdapat lebih kurang 20 blok bangunan 4 tingkat. Setiap tingkat nie aku rasa terdapat 16 buah bilik. Dalam DSRNC ada klinik untuk escape hehehe, ada bilik study yang luas, ada lebih 10 bilik tayangan, ada 1 lobby ada Pejabat Am ada tempat letak basikal yang sangan panjang, ada telepon awam yang serupa tak payah ada. Ada cafe dan kucing cafe yang montel(hidung kucing tu besar sebelah). Ada gelanggang sepak takraw dan juga badminton. Apa lagi yee aku pun tak dapat imagin lar. Kalau nak cerita pasal YPM(Yayasan Pelajaran MARA) aku pun tak larat dan kalau nak tahu korang bleh klik situ untuk Ke Laman YPM Bangi.

Pasal bilik B212 dan B210 plak aku nak cerita sekarang nie. B212(bilik aku) nie selalunya macam tongkang pecah entah ler kenapa but tengok mood jugak le kalau bersih tu bersih yang teramat sangat macam kena basuh dengan sabun pencuci Trojan gamaknye. Bilik aku nie selalunya bising jer sebab MP3 sentiasa berkumandang. Kalau aku nak study tu aku lebih suka leypark kat B210. Bilik aku ni tak lar besar sangat but cukup selesa juga bermastautin dalam bilik nie. Aku rasa besar bilik aku tu dalam lingkungan 15X10 kaki ler lebih kurang. Bilik aku nie selalu menjadi tumpuan pendatang-pendatang asing yang ingin menyaksikan tayangan-tayangan amal. Best juga kalau bilik nie ada PC kan.. PC dalam Bilik B212 nie adalah kepunyaan Fak's. Boleh dikatakan HomePage aku nie juga adalah hasil PC Fak's nie. So cukup setakat ini dulu cerita aku pasal member-member aku stok B212 & B210 nie. Sekian terima kasih.

 

 

Members Stok Lain-Lain

Kalau nak cerita berapa ramai member aku nie memang tertido aku depan PC ni kang, macam korang juga laa mesti ramai member kan kan kann.. Yang aku nak cerita di sini adalah tentang member-member aku yang stok lain-lain.. diorang nie aku rasa baik aku perkenalkan melalui gambar ajer lar ok.

 

Yang baju kuning tu aku lar siapa lagi(macho tak heheh), yang rambut berdiri tu A-Put(Budak Bangi) dan yang pakai topi kat belakan tu le Fak's room mate aku.

 

 

Berdiri dari kanan: Tuffely, Bacok, Yang Apong, Shahrin, Nam, Shafizan dan Apip. Duduk dari kanan: Irwan, Amin, Zahari, Zack, Awang dan Fak's.

 

 

 

Inilah makhluk yang bernama Fak's dan bergelar Majinbu (muka Skema beb!!)

 

 

 

Hah, yang nie member-member yang atas tu juga (candle light dinner beb!!)

 

 

 

Hah inilah dia Amin yang menjadi idola gadis-gadis di DSRNC. Klik situ untuk Ke Laman Web Amin's