Amaran ini adalah untuk kebaikan anda semua.... kepada mereka yang mempunyai penyakit jantung berlubang, kencing malam, selsema, siflis, HIV positif peparu berair dan lain-lain penyakit kronik yang tak dapat dielakkan, diharap golongan-golongan ini dapat mengelakkan daripada membaca cerita-cerita yang teramat seram di laman web aku ni... harap maklum! Sekian terima kasih..adios!

 

Sumpah Ibu Berkelakuan Seperti Anjing

Setiap kejahatan dan kejahilan itu, tentu ada balasan dan hukumannya. Apa jua yang berlaku mesti ada punca dan sebabnya. Kisah yang berlaku ke atas Masri (bukan nama sebenar) adalah sesuatu yang harus dijadikan ikhtibar dan pengajaran. Masri (18 tahun) adalah seorang yang tidak mempunya arah tujuan dalam hidupnya. Dia hanya suka berseronok dan berpoya-poya sahaja. Masri tidak pernah memikirkan masa depan dan tanggungjawab, apatah lagi untuk mencari pekerjaan. Masri adalah anak yatim setelah ayahnya meninggal dunia akibat kemalanga jalan raya ketika Masri masih berusia 10 tahun. Masri merupakan anak yang kedua dalam 4orang adik beradiknya. Sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarganya, sepatutnya dialah yang memikul tanggungjawab keluarga tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Masri hanya tahu meminta wang dan menghabiskan wang pencen ayahnya. Masri tidak menamatkan persekolahannya, hanya sehingga tingkatan 3 sahaja. Sudah puas ibunya menyuruh dia mencari kerja tetapi dia tetap berdegil. Ibunya sendiri sudah tidak tahan denga sikapnya yang terlalu degil itu. Jika kemahuannya tidak dituruti, Masri akan memarahi ibunya. Ibunya merasa amat sedih dan kecewa akan sikap anaknya itu. Dia sedar segalanya berpunca dari sikapnya yang terlalu memanjakan Masri.

Masri hanya menghabiskan masanya dengan berseronok bersa teman-temannya sahaja. Dia akan pulang kerumah sesuka hatinya. Masri tidak langsung menghormati ibunya. Puas ibunya menasihatkannya namun tidak langsung Masri mempedulikan kata-kata ibunya itu. Ibunya sudah tidak tahu bagai mana mahu menasihati Masri. Sebelum ayahnya meninggal dunia, Masri adalah seorang anak yang taat dan rajin mengerjakan kewajipan kepada Allah SWT. Mungkin disebabkan faktor persekitaran, Masri telah berubah. Dia bukan sahaja tidak mahu sembahyang tetapi tidak langsung menghormati ibunya dan adik-adiknya yang sedang bersolat. Dia akan membuat bising dan memasang radio dengan kuat di saat ibu dan adik-adiknya sedang bersembahyang.

Suatu hari, Masri telah meminta wang daripada ibunya. Namun ibunya enggan memberikan wang itu kerana hendak digunakan untuk bayaran yuran peperiksaan adiknya. Keengganan ibunya memberikan wang itu telah menyebabkan kemarahan pada diri Masri. Dia tetap mendesak namun tidak dapat ditunaikan oleh ibunya. Dengan marah Masri telah keluar dari rumah. Ketika Masri pulang, ibu dan adik-adiknya sedang menunaikan sembahyang Isyak. Di saat itu, Masri telah mencuri wang simpanan ibunya itu. Menitis airmata ibunya mengenangkan sikap Masri yang sudah keterlaluan itu.

Beberapa hari kemudian, barulah Masri pulang ke rumah. Ibu telah menegur dan memarahinya kerana mencuri wang itu. Namun Masri telahmelawan ibunya. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Semasa azan Maghrib bergema, Masri telah memasang radio dengan begitu kuat sekali. Bukan itu sahaja, dia juga turut menyanyi tanpa menghiraukan laungan azan. Ibu yang tidak senang dengan sikap Masri yang tidak menghormati azan itu telah menegurnya. "Ri, kamu nak jadi anjing ke.. menyalak masa azan?" marah ibunya yang sudah hilang sabar dengan karenah Masri itu. "Kalau jadi anjing pun.. ibu apa peduli?" Balas Masri dengan biadapnya. Dia langsung tidak menghiraukan larangan ibunya malah dikuatkan lagi bunyi radio itu. Ibunya hanya dapat menggelengkan kepala dengan jawapan yang diberikan oleh anaknya itu. Apabila malam sudah kian larut, telah berlaku suatu kejadian yang tidak diduga. Malam itu Masri telah mengadu badannya terasa amat panas dan tidak selesa. Dia meminta salah seorang adiknya untuk mengipaskannya. Semakin lama Masri merasa kian panas seolah-olah berbaring di atas api. Ber peluh-peluh seluruh badan Masri sedangkan waktu itu hujan telah mula turun. Melihat keganjilan pada sikap Masri, ibunya merasa hairan. Dia menyangka Masri demam dan telah menuam kepala Masri dengan ais batu. Namun Masri tetap tidak berubah, lidahnya mula menjelir dan matanya asyik melihat ke atas. Ibunya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri Masri. Dia segera mengarahkan anak perempuannya memanggil jiran tertangga.

Begitulah sikap ibu, walau seburuk dan sejahat mana sekalipun anak dia tetap akan merasa risau dan susah hati. Sepanjang malam itu Masri tidak dapat lena. Keadaan tetap begitu, menggeletar dengan lidah terjelir, seolah-olah dia terkena sawan. Ibunya setia menemaninya sehingga ke subuh. Hanya setelah azan subuh berkumandang barulah masri berhenti menggigil. Sebaliknya dia telah duduk dan terus menyalak tidak ubah seperti seekor anjing. Ibunya begitu hairan dengan perlakuan Masri yang tidak ubah seperti seekor anjing itu. Akhirnya barulah ibunya sedar, semua perkara yang berlaku berpunca dari kata-kata Masri petang semalam. Tiap kali azan bergema, Masri akan berkelakuan seperti seekor anjing.

Untuk memulihkan Masri, ibunya telah menyuruh dia bersembahyang dan mengaji dengan harapan Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. Sejak itu barulah Masri berhenti daripada berkelakuan seperti anjing. Kejadian itu telah menjadi pengajaran kepadanya dan dia telah insaf di atas sikapnya. Syukur kepada Tuhan kerana telah membuka pintu hati Masri untuk berubah....(Majalah Galeri, percetakan Rilate Sdn.Bhd)

 

 

Nenek Jadi Andartu Akibat Dibomoh

Takdir Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tiada insan di dalam hidup ini yang ingankan kehidupan yang derita. Pada awalnya, memang sukar untuk Nenek Jah (bukan nama sebenar) ingin menerima kenyataan ini. Namun semakin lama dia telah redha dengan takdir Tuhan.

Berat mata memandang, berah lagi bahu yang memikul. Walau terasa pahit untuk ditelan namun untuk dibuang, mustahil sekali. Rela atau tidak, Nenek Jah terpaksa jua menelannya. Nenek Jah tidak pernah menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa dirinya. Walaupun ada yang mengatakan, takdir hidupnya jadi begitu adalah daripada perbuatan khianat orang namun dia tidak mempedulikannya. "Apa jua yang berlaku, adalah dengan kehendakNya." Ucap Nenek Jah untuk bercerita tentang kisah hidupnya namun lama setelah dipujuk, akhirnya dia bersetuju juga.

Menurut Nenek Jah, semasa zaman mudanya dia merupakan seorang gadis yang menjadi perhatian ramai. Bukan niat memuji diri tetapi itu adalah kenyataan. Sebagai gadia kampung, Nenek Jah dididik dengan penuh kesopanan dan nilai ketimuran. Ketika Nenek Jah berusia 16 tahun, Nenek Jah telah memikat hati Idris adalah orang kampungnya. Dia merupakan anak orang kaya dan berpengaruh di kampung itu.

"Bukan harta dan kemewahan yang nenek pandang tapi keimanan dan peribadinya yang lebih diutamakan." Jelas Nenek Jah yang mengakui dia telah menolak cinta daripada Idris. Namun Idris tetap mengganggu dan terus memikatnya walaupun dia tahu cinta tidak berbalas. Nenek Jah benar-benar merasa tertekan dan terganggu dengan sikap Idris. Malah pernah juga Nenek Jah memarahi Idris kerana tidak tahan dengan gangguannya. Nenek Jah teruk dimarahi oleh ayah dan ibu kerana orang-orang kampung yang sibuk mengatakan tentangnya dengan Idris yang sering kelihatan bersama-sama. Adalah tidak adil jika dia menjadi mangsa sedangkan dia tidak tahu apa-apa. Namun Idris tetap tidak peduli dan masih berterusan mengganggunya.

Tanpa disangka-sangka, Idris telah menghantar keluarga untuk meminang Nenek Jah. Sememangnya Nenek Jah tidak menyukai Idris lalu menolak lamarannya itu. "Emak dan abah masih mahu menjaga hati keluarga Idris. Untuk tidak menyinggung perasaan mereka, abah dan emak tleh mengatakan yang nenek ni masih muda dan masih belum bersedia. "Namun Nenek Jah tidak menyangka yang jawapan yang diberikan itu telah menimbulkan salah faham pula. Idris dan keluarganya menyangka Nenek Jah telah bersetuju dan meminta sedikit masa untuk berkahwin. Idris yang menaruh harapan bugitu gembira mendengarnya. Suatu hari, Nenek Jah telah dipinang lagi. Kali ini seorang cikgu yang telah menghantar rombongan. Sememangnya keluarga Nenek Jah dan keluarga Cikgu Omar sudah saling mengenali. Kedua orang tuanya juga sudah kenal dengan sangat akan Cikgu Omar yang menghormati orang tua, budi pekerti yang baik dan mempunyai pekerjaan yang tetap. Tidak ada orang tua yang mahu hidup anaknya musnah.

Disebabkan itu, keluarga Nenek Jah tidak ragu-ragu untuk menerima lamaran Cikgu Omar. Ekoran dari penerimaan itu maka timbullan kekecohan. Nenek Jah sekeluarga begitu terkejut ketika Idris dan keluarganya telah datang menyerang dan memarahi mereka. Mereka menuduh Nenek Jah dan keluarga dangan kata-kata yang kesat dan menyakitkan hati. Namun apabila sedar yang berlaku salah-faham, keluarga Nenek Jah hanya diam sahaja. Mungkin sikap mereka sendiri kerana tidak mahu berterus-terang dan akibatnya keluarga Idris telah tersalah-sangka.

Nenek Jah hanya sempat mengikat tali pertunangan selama dua bulan sahaja. Selepas itu entah di mana salah dan silapnya, keluarga Cikgu Omar telah datang dan memutuskan ikatan. Nenek Jah sendiri tidak tahu apa yang berlaku tetapi dia hanya menerimanya dengan sabar. Selepas putus tunang dengan Cikgu Omar, ramai yang datang untuk meminang tetapi semuanya hanya sekerat jalan dan tidak kekal lama. Kalau hendak dihitung, enam kali Nenek Jah telah bertunang tetapi semuanya minta diputuskan. Apa yang menghairankan, Nenek Jah sendiri tidak tahu apa sebabnya dan puncanya. Itulah yang menjadi masalah dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri Nenek Jah kerana dia sendiri tidak tahu apakah dia bersalah atau melakukan sesuatu yang tidak disenangi?

"Sehingga ke hari ini, nenek tak thu jawapannya. Emak dan abah juga berputus asa dengan keadaan itu." Sehingga Nenek Jah sudah lewat usia, masih tiada yang mahu mengahwininya Nenek Jah jadi kecewa dan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku, dia mengasihani ibu bapanya yang terlalu ingin melihat dia berkahwin memandangkan dia adalah anak tunggal dalam keluarganya. "Apa yang nenek kesalkan, sehingga emak dan abah menghembuskan nafas yang terakhir..nenek tidak berkesempatan untuk memenuhi impian mereka."Ucap Nenek Jah dengan wajah yang sugul.

Saudara-mara Nenek Jah mencadangkan kepada ibu dan bapanya untuk membawa Nenek Jah berjumpa dengan bomoh. Konon-kononnya untuk membuang sial. Walaupun ibu bapa tidak bersetuju dan kurang percaya dengan perkara-perkara tahyul sebegitu tetapi akhirnya mereka tiada pilihan lain. Apabila berjumpa dengan seorang bomoh, bukan soal jodoh yang dibangkitkan tetapi soal lain pula. Memurut bomoh itu, Nenek Jah telah terkena buatan orang yang berdendan dengannya. Kata-kata bomoh itu hanya diambil ringan oleh keluarga Nenek Jah kerana mereka tidak mempercayai tentangnya. Namau bukan seorang sahaja bomoh yang berpendapat sama malah setiap bomoh yang mereka jumpa menyatakan perkara yang sama.

"Keluarga nenek telah berusaha bertemu bomoh bukan hanya di sini tetapi di merata-rata negeri. Sehingga apabila kami bertemu dengan seorang alim yang turut menyatakan perkara yang sama. Hanya melihat air muka nenek, dia telah tahu segalanya." Jelas Nenek Jah. Ketika itu barulah mereka percaya dan redha segalanya. Tahulah mereka kini apakah punca segala masalah yang timbul. Walaupun mereka tahu siapa yang punya angkara tetapi mereka tidak mahu menuduh.

"Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya." Dari apa yang diketahui, Nenek Jak akan sembuh sekiranya orang yang membomohkannya itu telah menghentikan perbuatannya. Ini adalah kerrana dia menggunakan khidmat bomoh daripada siam yang sememangnya handal dalam perkara sebegini.

"Ada waktunya nenek akan mengalami mimpi buruk. Dan nenek juga selalu meracau dan tidak sedarkan diri." Cerita Nenek Jah tentang pengalamannya.

Sehingga ke hari ini, Nenek Jah masih bersendirian dan tidak punya teman hidup. Memang Nenek Jah terasa sunyi tetapi dia redha dengan kehendak Allah. Menyedari yang dirinya tidak berpeluan untuk memiliki keluarga sendiri, maka Nenek Jah talah mengambil keputusan untuk memelihara seorang anak angkat. Tetapi kini anak angkatnya itu telah bersuami dan menetap di Sarawak. Tinggallah Nenek Jah sendirian menghitung hari-hari yang mendatang.

"Apa yang nenek tahu, Idris telah meninggal dunia dua tahun yang lalu." Jawab Nenek Jah apabila ditanya tentang Idris. Melihat kehidupan Nenek Jah, timbul rasa simpati dan sayu dalam diri. Dia tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa orang yang tidak berperikemanusiaan. Tidak patutu dia dihukum sebegitu kerana dia juga manusia biasa yang punya impian dan perasaan.....(Majalah Galeri, percetakan Rilate Sdn.Bhd)